23 Mei, 2009

KEM KEPIMPINAN KO-KURIKULUM

Tn. Asmadi sedang menyampaikan Ceramah
Sesi LDK

Khusyuk tgh dengar....


Kem kepimpinan Ko-Kurikulm anjuran unit ko-ko dengan kerjasama unit bimbingan kaunseling telah di adakan pada 23 Mei 2009 di SKTT. Peserta terdiri daripada AJK kelab persatuan , unit sukan dan pasukan beruniform. Penceramah jemputan yang dijadualkan hadir iaitu cikgu zek dari SKSV digantikan dengan Pn. Hazimah dari SK TAAM yang merupakan penolong Pesuruhjaya pengakap daerah hulu langat. Penceramah kedua Mejer Ismadi jurulatih TKRS negeri selangor. peserta begitu seronok dengan aktiviti yang rigkas dan senag seperti telur terbang, bebaskan aku. Terima kasih kepada guru-guru yang menolong... TQ




18 Mei, 2009

PIDATO MEMBINA MINDA


Tajuk Pidato : “Sayangi Warga Emas”
Nama Sekolah : Sk. Taman Tasik
Telefon : 03-42919397
Pemidato : Nur WadIhah bt. Kamarulzaman

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,
Barisan Para Hakim yang bijaksana,
Penjaga masa yang setia dengan waktunya,
Guru-guru yang berdedikasi lagi dihormati,
Seterusanya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.m.h salam sejahtera, salam perpaduan.

Berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk sama-sama membawa minda hadirin merenung seketika tentang tajuk dan kupasan pidato yang akan saya utarakan iaitu“Sayangi warga emas”

Sebelum bahtera kata berlayar ke lautan bicara terlebih dahulu izinkan saya mentakrifkan tajuk pidato agar mudah difahami. “Sayang” ungkapan yang cukup puitis lazimnya ditujukan kepada orang yang kita kasihi atau mereka yang sedang bercinta. Manakala “warga emas” merupakan kategori penduduk malaysia yang berumur 60 tahun ke atas , Mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu warga emas golongan berusia 65 tahun ke atas.
Istilah warga emas lebih sesuai diguna pakai kerana ia memberi imej yang berharga dan dihormati kepada golongan warga tua.

Kehadiran warga emas dalam sesebuah keluarga selalu dikaitkan dengan kesusuhan apatah lagi kebanyakan warga emas mengalami masalah kesihatan dan tidak berupaya mengurus diri sendiri . Ada juga warga emas yang mengalami penyakit lumpuh, Alzheimer, atau pelbagai penyakit lain. Kesusahan ini memaksa ahli keluarga warga emas bertindak diluar tabii dengan menghantar mereka ke rumah seri kenangan atau tempat jagaan orang-orang tua manakala anak-anak atau cucu-cucu mereka sibuk mencari harta.

Hadirin hadirat sekalian,
7 peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia terdiri daripada warga tua atau warga emas. sebenarnya Warga emas merupakan aset penting negara dan hakikat ini tidak boleh disangkal, sebaliknya ia perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah semakin berusia rambut pun semakin putih namun, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara menerusi pengalaman, kepakaran serta kemampuan boleh terus dihulurkan tidak hairanlah peribahasa ada menyebut mereka makan garam terlebih dahulu daripada kita. Golongan warga emas sememangnya kaya dengan pelbagai pengalaman yang diperoleh dan dipupuk melalui pendidikan awal, hidup berkeluarga, berkerjaya dan bersosial.
Hadirin dan Hadirat teruskan membuka minda,
Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berpendapat amat merugikan jika kita tidak memanfaatkan sepenuhnya pengalaman warga emas untuk dijadikan panduan hidup
Selain itu kita telah dididik untuk sentiasa menghormati dan menyayangi warga emas serta menjaga tutur kata, tingkah laku dan bersopan. Amat wajar kita mempertingkat dan memperhebatkan sifat serta nilai murni ini agar terus kekal dan menjadi amalan harian generasi muda.
Jadilah seorang yang prihatin, mengasihi dan menyayangi golongan warga emas yang telah menabur budi serta berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara. Pihak berwajib sentiasa prihatin terhadap golongan tua dan sebagai bukti Bantuan kewangan Warga emas.diberikan untuk menjamin warga emas menikmati kehidupan selesa.Malaysia adalah antara negara rantau Asia paling awal menggubal Dasar Warga Emas Negara pada tahun 1995, kemudian mewujudkan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Kebangsaan serta Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara yang kini diguna pakai untuk semua program warga emas.Sebagai meneruskan keprihatinan terhadap warga emas, Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan satu bahagian baru iaitu Bahagian Warga Emas dan Keluarga di Jabatan Kebajikan Masyarakat.warga emas diberikan perhatian berkaitan isu pusat jagaan harian , sindrom terpinggir warga emas, skim pencen pesara, had umur bersara, beban kewangan, , kemudahan kaunter khas dan kadar istimewa pengangkutan awam dan hotel.
Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,
Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerajaan juga mahu keluarga sendiri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga emas dalam keluarga mereka. Menghantar warga emas ke rumah kebajikan hanya wajar dilakukan sebagai jalan terakhir, bukan pilihan utama.
Khidmat Bantu di Rumah turut disarankan kerajaan. Ia membantu warga emas tinggal bersama ahli keluarga atau terus tinggal dalam komuniti dengan mendapat khidmat sokongan menerusi pekerja sukarela terlatih. .Program itu akan berkesan jika ramai individu ikhlas dan sukarela membantu warga emas, sekali gus menyemarakkan konsep masyarakat penyayang dan kebajikan tanggungjawab bersama.Bahtera sudah sampai ke pelabuhanya,
Sebelum menlabuhkan tirai pidato saya, petiklah kesimpulan dari gagasanya untuk renungan dan reformasi bersama:

1. Warga emas merupakan asset berharga kepada negara
Jangan dipersiakan pengalaman dan pandangan mereka.
2. Pelbagai usaha kerajaan lakukan untuk memartabatkan warga
Emas dan menghargai jasa mereka.
3. Sebagai pendokong aspirasi Negara sayangilah warga emas.

Sekian Wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Sekian terima kasih.

11 Mei, 2009

Tn.Hj.Hamzah dalam kenangan




Pagi pagi lagi untuk buat kali terakhir Tn. Hj. Hamzah dijemput dengan Camry Hitam milik cikgu Mastura dan City biru milik cikgu Azril, di arak dengan tandu diiringi paluan kompang, dipersembahkan pencak silat helang putih, dan disajikan dengan aktiviti laksana raja... walau apapun jasamu tetap dikenang....


Air mu mengalir dari gunung sampai ke muara
Ibarat ilmumu dicurahkan untuk anak bangsa,

Pada tanggal 21 Februari 1953 sebelum merdeka ,jam 8 mlm lahirlah seorang putera berjiwa besar di kg Jln gula, simpang 4 semanggol Perak Darul Ridzuan.

Putera comel hasil perkongsian hidup Hassan b. Wahid dan Rodziah bt Osman di namakan HAMZAH- yang bermaksud kebijaksanaan Tidak lain dan tidak bukan insan yang kini disanjung dan dijulang kerana berbudi kepada bangsa dan Negara Tn. Hj. Hamzah b. Hj Hassan.

Hj. Hamzah bin Hj. Hassan dibesarkan dalam keluarga sederhana , pesawah membajak dan membanting tulang berbudi kepada tanah.

Sejarah hidup Keluarga Hj Hamzah cukup unik memandangkan ayandanya seorang yang disegani , seorang imam masjid dan ketua masyarakat. Kepimpinan ayahndanya tetap diwarisi…..

Dari semanggol ke teluk intan penghijrahan keluarga ini cukup memberi makna pengorbanan apabila matlamat pendidikan diutamakan.

Dari sekolah umum , sekolah aliran inggeris , Sitc tanjung malim…

Bermulalah kisah hidup Hj. Hamzah sebagai seorang pendidik anak bangsa apabila di hantar ke Sarawak bertugas di sebuah Sk Men Kerajaan Melugu Sri Aman tahun 1974.

Tiga tahun selepas itu beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis cina Grill Rovena Law Soo Yok atau nama Islamnya Rohaida Abdullah

hasil perkongsian hidup ini dikurniakan 3 cahaya mata Siti Norbaya, Mohd. Kahairul dan M. Hanafiah.

1978 – Bertugas di SM kerajaan bt. Lintang , Kuching.
1979- Mula bertugas di semenanjung, SMK Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor.
1989- bertugas di srk (2) Kuala Kubu bharu sebagai PK Ko-Ko
1994- Sk. Kg Soeharto Hulu Selangor sebagai PK HEM
1994- sk sg choh , Rawang selangor sebagai GPK ko-ko

Akhirnya dilantik sebagai guru besar di SKHulu Yam Bharu pada tahun 1996.
Kemudian Guru Besar sk Sg Kertas Hulu selangor.
Seterusnya GB di SK Serendah , Hulu Selangor.

Disinilah satu peristiwa hitam yang dipendam rasa oleh beliau apabila tanggal 10 /2/02 jam 10mlm beliau menerima panggilan sadis isteri, anaknya Norbaya dan bakal menantunya terlibat dalam satu kemalangan jalanraya . Ketika itu beliau baharu sahaja selesai mendengar kuliah tafsir di Darul Atiq, Peristiwa hitam itu mengorbankan kesemua insan kesayangan beliau apabila kereta yang dipandu oleh bakal menantunya bertembung dengan sebuah pajero….

…..semoga roh insan istimewa ini dicucuri rahmat ilahi…
( Al- Fatihah )

Sebagai jalan melupakan peristiwa hitam itu, beliau memulakan langkah ke SK. Taman Tasik Tambahan dan mendirikan rumahtangga bersama Samiah bt. Ahmad, beliau banyak menyampaikan ilmu dan memupuk kesedaran tentang keimanan manusia…..

Kuliah agama jadi medan persinggahan, kehidupan tenang jadi pilihan, sekian lama menabur budi di SK Taman Tasik
21 Februari 2009 beliau bersara penuh gemilang, tahniah….

Itulah dia insan yang di Rai Tn. Hj. Hamzah b. Hj. Hassan ….

SKTT SERTAI KERJAYA

Aktiviti kerjaya daerah kat KUIS 15 April 2009 semestinya syok dan memberi pendedahan kepada murid-murid SKTT, dalam banyak-banyak Aktiviti SKTT menang satu je tempat ketiga pertandingan model kerjaya : Tahniah buat Khairunnisa, Adibah dan Fazera. PRS yang lain diucap juga tahniah cuba lagi....

08 Mei, 2009

SUKAN SKTT











5 MEI 2009 SUKAN SKTT TELAH DIADAKAKAN DI STADIUM BUKIT JALIL TAU, 13 BUAH BAS PESERTA, BERPULUH KERETA CIKGU BERKEJOR KE SANA....PERBARISAN YANG CUKUP BAIK, ACARA BERJALAN LANCAR... SYOK BETUL AKHIR SEKALI RUMAH LEKIR JADI JUARA..... DAN JUARA 2008 LEKIU DI TEMPAT TERAKHIR.. KESIAN

ANTARA KERJA DAN KELUARGA

06 Mei, 2009

Laporan Berita Minggu: Apa komen guru lain ?

Berita Minggu:
Laporan Khas:
Guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah

Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my

Tanggungjawab 'terpaksa' sudah jadi tradisi bagi warga pendidik sejak dulu lama

KUALA LUMPUR: Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.

Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Mereka yang hanya bersedia menggunakan nama ringkas lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pendedahan ini, mengakui senario itu sudah berlaku begitu lama tetapi belum ada sebarang tindakan meskipun sudah ramai guru merungut setiap kali menguruskan aktiviti sekolah.
Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar.

Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain.

"Khabarnya, mereka membelanjakan RM1,000 dan dikongsi bersama tiga orang guru. Memang selepas kejohanan, mereka boleh tuntut semula duit itu daripada pentadbir tetapi agak lambat untuk mendapatkannya. Ia nyata membebankan mereka.

"Itu kes besar. Jika nak diperincikan, banyak lagi 'pengorbanan' terpaksa yang selalunya membebankan guru. Saya sendiri kerap terpaksa mengeluarkan duit sendiri jika mahu menyediakan bahan untuk program kaunseling, sedangkan ia adalah untuk aktiviti sekolah," katanya yang sudah hampir 10 tahun mengajar.

Bagi Kamarul Azizi yang berpengalaman selama tujuh tahun mengajar di daerah Kuala Selangor, tekanan yang dihadapi guru di situ agak berat kerana setiap kali mereka dikehendaki membawa pelajar melakukan sebarang aktiviti, pasti duit poket mereka yang akan 'melayang'.

"Pernah beberapa kali kami dikehendaki membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Apabila kami meminta duit daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), mereka kata tak ada peruntukan. Atas rasa prihatin, kami terpaksa berkongsi semua perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan selepas kejohanan tetapi malangnya ada yang tidak dibayar," katanya.

Guru di Johor, Medan Malik, berkata akibat terlalu kerap menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah, ramai guru yang sudah hilang keikhlasan untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam sebarang aktiviti luar.

Katanya, guru kini lebih selesa menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan sering mengeluh jika dikehendaki menguruskan sesuatu aktiviti.

"Aktiviti sekolah pula semakin banyak. Semuanya perlukan duit. Guru bukan ramai sangat. Jika aktiviti itu bertindan, suka atau tidak mereka terpaksa juga bawa pelajar," katanya.

Guru di Kedah pula, Jasnie Nayan, berkata keadaan di sekolahnya lebih teruk kerana jika ada guru yang mengadu atau enggan menguruskan pelajar, mereka akan diugut oleh guru besar yang menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan, termasuk mengugut mereka boleh diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam.

Apa yang lebih mengecewakannya banyak aktiviti di kawasannya hanya dimaklumkan oleh PPD atau Jabatan Pelajaran Kedah (JPNK) melalui telefon dan apabila aktiviti itu selesai, proses membuat tuntutan sangat rumit kerana tidak ada surat rasmi.

"Jika ada surat sekalipun, ada aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain. Kami sebagai guru hanya mengikut arahan, apa lagi jika ia datang daripada PPD atau JPNK. Masalahnya, apabila ia aktiviti agensi lain, mereka kata PPD tak ada peruntukan untuk perbelanjaan itu. Guru juga yang teraniaya," katanya.

Guru di Cheras, Shamsiah Hanif, berkata meskipun dia tak pernah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk aktiviti sekolah, hampir semua aktiviti yang diuruskannya memerlukan pengorbanan kewangan daripadanya.

"Tidak lama lagi ada satu pertandingan tarian peringkat daerah. PPD hanya tahu menganjurkannya dan pihak sekolah pula mengarahkan guru menghantar pasukan. Masalahnya, nak menari mesti ada pakaian. Takkan menari pakai pakaian sekolah.

"Apabila berbincang dengan penolong kanan atau pengetua, mereka kata tak ada peruntukan. Cikgu carilah sendiri. Pening kepala memikirkannya. Nak sewa, mana nak cari duit. Nak tarik diri nanti diberi amaran," katanya.

Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.