Hari isnin 20 Julai 2009 hingga 23 Julai PPDHL diberikan kepercayaan untuk membina modul Bimbingan Kaunseling berfokus di Coral Bay Pangkor... semua peserta bersemangat dan komited melakukan tugasan sehingga ada yang tido lewat malam kerana menyiapkan tugasan tahniah kepada semua guru bimbingan dan kaunseling yang bertungkus lumus menyiapkan modul tersebut.
25 Julai, 2009
Modul Kaunseling Berfokus
18 Julai, 2009
Muhasabah diri, Berkesan atau lakonan ?
titisan air mata muhasabah mendapat ganjaran pahala
titisan air mata kerana tengok cerita hindustan buang masa je
semoga tangisan bermakna
ditenangkan oleh guru tapi bukan histeria tau
Sekarang ni ramai penceramah motivasi dah bijak buat muhasabah dan diakhirnya bercucuran air mata para peserta ... itulah persoalan samada tangisan keinsafan atau tangisan main-main , hipokrit dan lakonan... lepas je program ada yang berubah dan ada yang biase je... tengoklah gambar-gambar masa saya buat muhasabah kat SKTT moga memberikan keberkatan
14 Julai, 2009
11 Julai, 2009
SEMPURNAKAN MANDI WAJIB
Tertidolah ustaz kita ni penat sangat
Jangan intai...tengah mandi wajib ni
Cikgu Ezmy tengah beri penerangan
Betul ke cara dia mandi ni
Air solat Hajat
kejap lagi nak mandi wajib kena la kita hafal niat ni
alamak bila nak ingat ni..
ceramah slot 9 cikgu Ruzaidi
Makan dulu....
Pada hari jumaat dan sabtu 9 dan 10 murid tahun 6 sekali lagi masuk kem kali ini masuk kem Tamrin Awal Remaja dan Mohon Restu Ilahi. Antara program yang dilaksanakan ialah sesi ceramah, bacaan yaasin, solat hajat, muhasabah diri, qiamulail dan amali mandi wajib. Seronok murid tahun 6 masa mandi wajib real tu....
04 Julai, 2009
BENGKEL TAHUN 6 JADI TUMPUAN
cikgu Hajar sedang mengajar teknik belajar
SU Peperiksaan penin jugak fikir nak dapat yang terbaik
Cikgu Ezmy turut membantu
Cikgu Haida sedang menyampaikan ceramah
Kalaulah lah ada rezeki tahun 6 akan dapat lagi badget dari PIBG untuk program bengkel sains dan matematik memandangkan subjek ini terlalu rendah pencapaiannya dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Sasaran murid untuk dua subjek ini ditujukan kepada murid yang lemah dan sederhana. program ini dijangka di adakan sebelum puasa di bawah kelolaan panitia sains dan matematik dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling.
01 Julai, 2009
Sayangnya isteri cantik tapi tak pernah disentuh dan di pegang
Kita ada seorang isteri yang cantik tapi malangnya kita tidak pernah usik pegang atau sentuh, malang lagi kita hanya tengok kecantikan dari luar dan mengintai dari jendela kamar.Adakah kita di sifatkan seorang yang kufur nikmat. Jangan terkejutla jika ada kawan-kawan kita bercerita tentang sukarnya mereka nak menggunakan kemudahan sekolah sendiri untuk anak murid tapi hanya melukut di tepi gantang. dewanya cantik tapi tak boleh guna takut kotor, terkoyak pelapik meja dan sebangainya.. akhirnya ianya hanya digunakan sebulan sekali.
pada pandangan saya kalaulah dewan atau bilik mesyuarat itu cantik dan manfaatkan kegunaanya adalah lebih besar daripada menghias cantik tapi dikunci dan hanya dapat dilihat dari tingkap sahaja....apa guna ada perpustakaan jika dihias untuk pertandingan dan murid dilarang masuk takut-takut buku berselerak.
pada pandangan saya kalaulah dewan atau bilik mesyuarat itu cantik dan manfaatkan kegunaanya adalah lebih besar daripada menghias cantik tapi dikunci dan hanya dapat dilihat dari tingkap sahaja....apa guna ada perpustakaan jika dihias untuk pertandingan dan murid dilarang masuk takut-takut buku berselerak.
BEKERJA DENGAN IKHLAS PAHALA BERLIPAT GANDA

berdoa kepada Allah supaya jauhkan diri kita dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk
Kanak-kanak adalah lebih iklas dari orang dewasa........
Adalah menjadi lumrah kehidupan manusia, mereka akan mengejar cita-cita dan matlamat hidup untuk cepat menjadi senang atau menguasai kepercayaan orang terhadap dirinya. Tidak dinafikan di mana-mana kantor sudah pasti ada pengikut yang menjadi "Yes BOS", kaki ampu, jet-mengejet supaya cepat sampai ke angkasa raya. Orang seperti ini biasanya banyak berlakon dari bekerja. Pentadbir dan orang berkepentingan adalah penonton aksinya.
Ingatlah Allah SWT itu maha bijaksana, maha berkuasa, maha menguasai, maha mengetahui.
Jadilah seorang pekerja yang bekerja dengan ikhlas elak daripada menunjuk-nunjuk dan bermuka-muka di depan bos kita. Kalau tak ikhlas jugak sertailah takaful ikhlas.....
Langgan:
Catatan (Atom)