22 Jun, 2009

Beritahu kami sayang


Puas cikgu pujuk


****kan baik datanglah sekolah tau, nanti cikgu tunggu

Kunjungan harapan kaunselor dan guru kelas

Usahlah murid-murid sembunyikan masalah masing-masing sehingga ada yang tak datang sekolah berbulan bulan, prestasi belajar yang merosot dan juga kurang keyakinan diri. Guru kelas dan guru kaunseling adalah saluran yang dekat selepas ibubapa untuk mendengar masalah anda. 22 Jun 2003 kami bersama guru kelas sempat menjengah anak murid yang sudah beberapa bulan tak hadir. Apapun kami mengharapkan kehadiran kami memberi suntikan semangat untuk terus menimba ilmu.

20 Jun, 2009

LADAP 4 SK TAMAN TASIK


vios cikgu Rais mangsa buat punggah durian


Lepas LADAP makan la



Ust Syakirin best betul.... ada sleng perak tu.



tengah salin nota tu



kyusyuk dengar tu


En. Zulkifeli terima penghargaan




Adakah anda pernah bertanyakan tentang warna kegemaran anak murid anda? jika ye anda orang yang hebat dan pandai metafsir personaliti murid melalui warna... Pada 20 Jun 2009 warga SKTT sempat menimba ilmu pedogogi bestari di teratak impian country resort hulu langat untuk melengkapkan LADAP akhir. Penceramah dari Motivasi Berlian Tn. Zulkefli Tn. Hj Ismail dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Penceramah hebat ini selalu dijemput oleh RTM, Radio IKIM dan juga penulis jemputan majalah fokus.
Penceramah ke dua pula Ust. Shakirin b. Hussin dari SMK Tun Hussin onn, sempat berkogsi idea dan pengalaman menjadi pendidik.

Akhir sekali sebelum balik guru-guru diraikan dengan jamuan durian.... bestnya apapun tq kepada yang hadir

18 Jun, 2009

Murid Tahun 6 perlu kuasai kemahiran belajar

Dalam pukul sepuluh sempat juga saya meneruskan hajat untuk bertemu dengan murid-murid tahun 6 untuk bertanyakan mereka mengenai ETR, nampaknya memang ye .. mereka masih leka dan tidak peka dengan markah mereka walaupun yang barupun mereka tak akan ingat... mungkin banyak sangat pereksa kot. Memandangkan tak ada cikgu sempat juga saya mendekati mereka untuk membincangkan tajuk asid dan alkali, saya pun duduk semeja dengan mereka sambil main bentuk kuiz, jenuh syafigqh kena ketuk jari tak dapat jawab... wah seronok mereka bila saya berikan akronim kaedah mengingat yang agak lucu untuk mengingat perubahan kertas litmus.

1) Anak Lembu Mati Berlanggar
Alkali = Merah >> Biru

2) Anak Singa Berak Merata
Asid = Biru >> Merah

Cikgu Lokman Sebak cerita saat-saat bersama Arwah Syukery Hashim


Pagi itu saya sempat besembag dengan cikgu Lokman di depan bengkel sementara menunggu murid tahun 5 menyiapkan latihan pagi mereka....entah macam mana cerita beralih kepada kisah kematian pelakon terkenal Arwah Syukery Hashim yang merupakan bapa mentuanya yang dia paling hormati. Pelbagai tarikh telah diberikan oleh doktor tentang tempoh hidup kerana menghidap barah pankreas barah nombor tiga merbahaya, namun arwah tetap tenang menghadapinya. Arwah sempat bertemu peguam untuk melansaikan hutang rumah walaupun mempunyai insurans, arwah sempat mencari tanah kuburnya sendiri di keramat dan yang paling dikagumi arwah selalu solat malam disaat kematianya. Cikgu lokman selalu terbayangkan arwah yang sentiasa memberi nasihat buatnya. Walau bagaimanapun Allah sayangkan dia.... Takziah buat keluarga cikgu Lokman.

13 Jun, 2009

SELAMAT PENGANTIN BAHARU


Dua mempelai duduk bersanding,
sungguh cantik atas pelamin,
Sirih junjung pulut kuning,
paluan kompang tanda meriah
tatamu datang membawa hadiah
doa kami semoga bahagia
di dunia dan akhirat.

(Majlis Perkahwinan Cikgu Faiza dan Zaitul Akma 13 jun 09 meriah)


10 Jun, 2009

Erti Sahabat dalam pandangan MOK








orang yang tak selesa tika kita berduka
orang yang akan makan bila kita makan
orang yang sama tak tidur malam tika projek tidak diluluskan(projek zoo)
orang yang boleh ditumpang tika kesusahan
orang yang tak berkira di kedai makan
orang yang sama-sama makan waktu keluar buat kerja luar
orang yang berdiam tika orang mengata sahabtanya
orang yang sentiasa berpuas hati setiap apa tindakan
orang yang akan menyokong program walaupun entah ape-ape
orang yang boleh ambil peranan bila kita tiada












09 Jun, 2009

Sambutan hari Guru SKTT gempaq


Salam terakhir buat ust rizal.... selamat bertugas
di N9


Lagu tema dinyanyikan penuh khusyuk dengan
skrip di tangan



Jan penerima anugerah pakaian tema lain dari yg lain




terima kasih cikgu

29 mei 2009 guru-guru SKTT diraikan dengan meriahnya, itulah yang dikatakan jasa seorang guru tiada bandingan. paginya diraikan di sekolah siap ada sukan lagi tu.. petang kat agrotek hulu langat. Jamuan ini merupakan pertemuan terakhir ust rizal setelah berjaya berpindah ke N9.
..
alamak zombi kg tasik