11 Mei, 2009

Tn.Hj.Hamzah dalam kenangan




Pagi pagi lagi untuk buat kali terakhir Tn. Hj. Hamzah dijemput dengan Camry Hitam milik cikgu Mastura dan City biru milik cikgu Azril, di arak dengan tandu diiringi paluan kompang, dipersembahkan pencak silat helang putih, dan disajikan dengan aktiviti laksana raja... walau apapun jasamu tetap dikenang....


Air mu mengalir dari gunung sampai ke muara
Ibarat ilmumu dicurahkan untuk anak bangsa,

Pada tanggal 21 Februari 1953 sebelum merdeka ,jam 8 mlm lahirlah seorang putera berjiwa besar di kg Jln gula, simpang 4 semanggol Perak Darul Ridzuan.

Putera comel hasil perkongsian hidup Hassan b. Wahid dan Rodziah bt Osman di namakan HAMZAH- yang bermaksud kebijaksanaan Tidak lain dan tidak bukan insan yang kini disanjung dan dijulang kerana berbudi kepada bangsa dan Negara Tn. Hj. Hamzah b. Hj Hassan.

Hj. Hamzah bin Hj. Hassan dibesarkan dalam keluarga sederhana , pesawah membajak dan membanting tulang berbudi kepada tanah.

Sejarah hidup Keluarga Hj Hamzah cukup unik memandangkan ayandanya seorang yang disegani , seorang imam masjid dan ketua masyarakat. Kepimpinan ayahndanya tetap diwarisi…..

Dari semanggol ke teluk intan penghijrahan keluarga ini cukup memberi makna pengorbanan apabila matlamat pendidikan diutamakan.

Dari sekolah umum , sekolah aliran inggeris , Sitc tanjung malim…

Bermulalah kisah hidup Hj. Hamzah sebagai seorang pendidik anak bangsa apabila di hantar ke Sarawak bertugas di sebuah Sk Men Kerajaan Melugu Sri Aman tahun 1974.

Tiga tahun selepas itu beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis cina Grill Rovena Law Soo Yok atau nama Islamnya Rohaida Abdullah

hasil perkongsian hidup ini dikurniakan 3 cahaya mata Siti Norbaya, Mohd. Kahairul dan M. Hanafiah.

1978 – Bertugas di SM kerajaan bt. Lintang , Kuching.
1979- Mula bertugas di semenanjung, SMK Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor.
1989- bertugas di srk (2) Kuala Kubu bharu sebagai PK Ko-Ko
1994- Sk. Kg Soeharto Hulu Selangor sebagai PK HEM
1994- sk sg choh , Rawang selangor sebagai GPK ko-ko

Akhirnya dilantik sebagai guru besar di SKHulu Yam Bharu pada tahun 1996.
Kemudian Guru Besar sk Sg Kertas Hulu selangor.
Seterusnya GB di SK Serendah , Hulu Selangor.

Disinilah satu peristiwa hitam yang dipendam rasa oleh beliau apabila tanggal 10 /2/02 jam 10mlm beliau menerima panggilan sadis isteri, anaknya Norbaya dan bakal menantunya terlibat dalam satu kemalangan jalanraya . Ketika itu beliau baharu sahaja selesai mendengar kuliah tafsir di Darul Atiq, Peristiwa hitam itu mengorbankan kesemua insan kesayangan beliau apabila kereta yang dipandu oleh bakal menantunya bertembung dengan sebuah pajero….

…..semoga roh insan istimewa ini dicucuri rahmat ilahi…
( Al- Fatihah )

Sebagai jalan melupakan peristiwa hitam itu, beliau memulakan langkah ke SK. Taman Tasik Tambahan dan mendirikan rumahtangga bersama Samiah bt. Ahmad, beliau banyak menyampaikan ilmu dan memupuk kesedaran tentang keimanan manusia…..

Kuliah agama jadi medan persinggahan, kehidupan tenang jadi pilihan, sekian lama menabur budi di SK Taman Tasik
21 Februari 2009 beliau bersara penuh gemilang, tahniah….

Itulah dia insan yang di Rai Tn. Hj. Hamzah b. Hj. Hassan ….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan