Kita ada seorang isteri yang cantik tapi malangnya kita tidak pernah usik pegang atau sentuh, malang lagi kita hanya tengok kecantikan dari luar dan mengintai dari jendela kamar.Adakah kita di sifatkan seorang yang kufur nikmat. Jangan terkejutla jika ada kawan-kawan kita bercerita tentang sukarnya mereka nak menggunakan kemudahan sekolah sendiri untuk anak murid tapi hanya melukut di tepi gantang. dewanya cantik tapi tak boleh guna takut kotor, terkoyak pelapik meja dan sebangainya.. akhirnya ianya hanya digunakan sebulan sekali.
pada pandangan saya kalaulah dewan atau bilik mesyuarat itu cantik dan manfaatkan kegunaanya adalah lebih besar daripada menghias cantik tapi dikunci dan hanya dapat dilihat dari tingkap sahaja....apa guna ada perpustakaan jika dihias untuk pertandingan dan murid dilarang masuk takut-takut buku berselerak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan