05 September, 2009

warkah dari mohon restu

Pada hari Jumaat 4 september satu majlis diadakan untuk meraikan murid tahun 6 melangkah ke dewan peperiksaan berikut bingkisan yang dibacakan oleh Nur Wadihah Kamaruzzaman wakil murid tahun 6 :

Assalamualaikum w.h.t
Terlebih dahulu kami murid-murid tahun 6 sk. Taman Tasik bersyukur kehadrat ilahi kerana diberikan kesihatan yang berpanjangan buat semua guru-guru yang tercinta… tarikh keramat dan masa yang ditunggu –tunggu akan tiba buat kami murid tahun 6 untuk membuktikan kami boleh berjaya dengan cemerlang dalam UPSR yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi.
Jasa dan pengorbanan semua guru dari tahun 1 hingga tahun 6 amat kami hargai dan kami dahului dengan sekalung penghargaan terima kasih,.
GURU UMPAMA SINAR BUAT KAMI
Pada hari yang penuh keberkatan ini kami memohon seribu kemaafan, semoga guru-guru dengan sepenuh hati merestui kami semua melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan hati yang tenang jiwa yang tenteram, berbekalkan ilmu yang guru-guru curahkan pasti kami nampak kejayaan. Bersempena dengan Bulan Ramadhan al-Mubarak ini maka doakan juga kami menjawab peperiksaan dengan penuh keberkatan.
Guru yang dicintaii,
Kenakalan kami, kesombongan kami, mungkin menyentuh perasaan guru-guru sktt, maka sekali lagi kami memohon dari hujung rambut hingga kehujung kaki maafkan kami dan restuilah kami… terima Kasih cikgu.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diem nonummy nibh euismod tincidunt ut lacreet dolore magna aliguam erat volutpat.

berikut ini adalah warkah buat murid tahun 6 yang dibacakan oleh Cikgu Mokhtar:

ASSALAMUALAIKUM,
Dari tahun satu hingga tahun 6, kami telah didik murid-murid semua dengan penuh kasih sayang, kami didik murid-murid bagaikan menatang minyak yang penuh… marah bukan kebencian tapi tanda sayang … kami guru-guru SKTT sememangnya menghalalkan dan merestui ilmu yang dicurahkan selama ini dengan penuh harapan semoga peperiksaan kali ini murid dapat lakukan yang terbaik ……
Ingatlah murid-murid semua, disaat gentir ini , kuatkan semangat banyak berdoa kepada Allah semoga ilmu yang guru-guru curahkan dapat digunakan sepenuhnya di dalam dewan peperiksaan . Ingatlah guru hanya mendoakan, ketentuan itu dari tuhan yang maha esa dan maha bijaksana.
Kuatkan semangat pasti anda semua akan berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan